Friday 30 October 2015

Ubi Kayu










UBI KAYU: 6-9 bulan

Sumber maklumat: http://www.pertanianperak.gov.my/jpp/index.php/en/joomla/tanaman/buah-buahan-sayur-sayuran/303-maklumat/tanaman/buah-buahan-sayur-sayuran/1012-panduan-menanam-ubi
  • Benih
    Benih ubi kayu menggunakan keratan batang 15-20 cm (6-8 inci) panjang. Batang ubi yang 1.8 m (6 kaki) panjang boleh memberi 8-10 keratan. Sebanyak 1,545 batang ubi kayu disediakan untuk kawasan seluas satu hektar (605 batang/ekar).
  • Jarak Tanaman
    Selalunya ditanam dengan jarak 0.9 m x 0.9 m (3 x 3 kaki) 0.9 m x 0.6 m (2 x 2 kaki) dan 0.6m x 0.6 m (2 x 2 kaki).
  • Cara Menanam
    Keratan-keratan ditanam dengan cara dibaringkan supaya keseluruhan keratan terkambus di dalam tanah dan dengan cara ini boleh memberi kejayaan pertumbuhan yang lebih tinggi.
  • Hasil
  • Hasil ubi kayu (varieti klon MM92) boleh dipungut hanya 6 bulan selepas ditanam. Dengan itu penanamannya dapat dijalankan sebanyak 2 kali setahun. Klon ini cepat matang, keperluan bajanya di tanah gambut adalah kurang daripada keperluan ubi kayu lain seperti Black Twig. Penanaman ubi kayu di tanah gambut boleh diusahakan tanpa pembajakan kecuali bila pengapuran diperlukan, iaitu sekali bagi setiap tiga tahun. Penghasilan ubi basahnya tinggi iaitu sehingga 36 tan/ha di tanah gambut dan 40 tan/ha di tanah mineral (tidak mengalami kemarau yang panjang).

No comments:

Post a Comment