Monday 7 December 2015

Kelapa Pandan


KELAPA PANDAN: 3-4 tahun

Kelapa Pandan ialah kelapa jenis rendah yang diperkenalkan dari Thailand pada tahun 1971. Keistimewaan pada kelapa pandan ialah isi dan buahnya berbau wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan segar. Ketinggian pokok kelapa pandan boleh mencapai sehingga 6 meter. Tandan dan buah berwarna hijau dan buahnya kecil berbentuk bulat berbiku tiga. Penanaman kelapa pandan boleh dijalankan secara kepadatan tinggi dengan jarak tanaman 6 m x 6 m. Pokok kelapa pandan mula mengeluarkan hasil apabila mencapai umur 3-4 tahun selepas ditanam di ladang.

Pokok kelapa pandan ketika berumur 3 tahun pengeluarannnya hanya 40-50% dan mencapai 100% apabila berumur 4 tahun. Pokok kelapa pandan mengeluarkan 12-18 jambak bunga setahun. Purata bilangan buah setandan di antara 10-15 biji tetapi boleh berkurangan pada musim kemarau atau jika kawasan dibanjiri air. Bermula pokok kelapa pandan berumur setahun ke (tahun ke 13), ia boleh mengeluarkan 130-175 biji buah kelapa muda sepokok. [ Baca semua di sini.]

Roselle

ROSELLE: 120 hari




Wednesday 11 November 2015

Pisang Serendah

PISANG SERENDAH: 9 bulan + 12 minggu





Tandan pisang serendah yang hampir mencecah tanah. Tiga bulan selepas keluar jantung sudah cukup matang untuk dituai. [Sumber]


















Panjangnya tandan dan banyaknya buah! [Sumber]

Monday 2 November 2015

Pisang Nipah (Pisang Sabah)




















PISANG: 9 bulan + 11-12 minggu

Pisang akan berjantung dalam masa 7-10 bulan selepas ditanam. Pisang Mas biasanya mengambil masa enam hingga tujuh bulan untuk berjantung dan buah boleh dikutip lapan minggu kemudian. Pisang Berangan pula berjantung anggaran sembilan bulan selepas menanam dan buah boleh dikutip dalam masa 11-12 minggu kemudian. Bagi mengelakkan buah tercedera, tebang pokok pisang kira-kira 0.5 meter dari tandan buah. Potong sedikit-sedikit, sementara sebelah tangan lagi memegang tandan pisang agar buah tidak terhempas di tanah. [ Baca seterusnya ... ]
















Fakta menarik: Jurutera pengusaha tanaman pisang nipah


Sunday 1 November 2015

Jambu Air

JAMBU AIR: 3-5 tahun

Jambu air mengandung jambosine (sejenis alkaloid) yang dapat menekan sari pati makanan menjadi gula, tentunya ini sangat membantu para penderita diabetes.

Jambu air dapat berbuah lebih dari 1 kali dalam setahun tergantung kondisi lingkungannya, cara memetik buah yang benar adalah dengan memotong pada tangkai buahnya. Pohon jambu air akan berkembang dan berbuah pada usia sekitar 3 - 4 tahun.

Keladi Cina


KELADI CINA: 6 bulan ++

Keladi cina adalah salah satu jenis keladi yang sangat popular di kalangan masyarakat Cina di Malaysia. Musim Tahun Baru Cina adalah waktu rezeki kepada pengusaha keladi cina kerana masa ini harga keladi naik mendadak sehingga RM9 hingga RM 12.30 sekilo. Ia juga digemari rakyat kita dengan pelbagai resepi dihasilkan seperti kerepek keladi, bubur keladi, kuih keladi dan sebagainya. Pokok keladi atau nama saintifiknya ialah Colocasia Esculenta termasuk dalam keluarga pokok Araceae berbatang lembut dengan berdaun lebar. Isi membesar sebagai isi keladi yang dimakan. Sesetengah orang menyukai memakan pucuk batang mudanya. [Baca seterusnya ...]

Friday 30 October 2015

Ubi Kayu










UBI KAYU: 6-9 bulan

Sumber maklumat: http://www.pertanianperak.gov.my/jpp/index.php/en/joomla/tanaman/buah-buahan-sayur-sayuran/303-maklumat/tanaman/buah-buahan-sayur-sayuran/1012-panduan-menanam-ubi
  • Benih
    Benih ubi kayu menggunakan keratan batang 15-20 cm (6-8 inci) panjang. Batang ubi yang 1.8 m (6 kaki) panjang boleh memberi 8-10 keratan. Sebanyak 1,545 batang ubi kayu disediakan untuk kawasan seluas satu hektar (605 batang/ekar).
  • Jarak Tanaman
    Selalunya ditanam dengan jarak 0.9 m x 0.9 m (3 x 3 kaki) 0.9 m x 0.6 m (2 x 2 kaki) dan 0.6m x 0.6 m (2 x 2 kaki).
  • Cara Menanam
    Keratan-keratan ditanam dengan cara dibaringkan supaya keseluruhan keratan terkambus di dalam tanah dan dengan cara ini boleh memberi kejayaan pertumbuhan yang lebih tinggi.
  • Hasil
  • Hasil ubi kayu (varieti klon MM92) boleh dipungut hanya 6 bulan selepas ditanam. Dengan itu penanamannya dapat dijalankan sebanyak 2 kali setahun. Klon ini cepat matang, keperluan bajanya di tanah gambut adalah kurang daripada keperluan ubi kayu lain seperti Black Twig. Penanaman ubi kayu di tanah gambut boleh diusahakan tanpa pembajakan kecuali bila pengapuran diperlukan, iaitu sekali bagi setiap tiga tahun. Penghasilan ubi basahnya tinggi iaitu sehingga 36 tan/ha di tanah gambut dan 40 tan/ha di tanah mineral (tidak mengalami kemarau yang panjang).