Monday 7 December 2015

Kelapa Pandan


KELAPA PANDAN: 3-4 tahun

Kelapa Pandan ialah kelapa jenis rendah yang diperkenalkan dari Thailand pada tahun 1971. Keistimewaan pada kelapa pandan ialah isi dan buahnya berbau wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan segar. Ketinggian pokok kelapa pandan boleh mencapai sehingga 6 meter. Tandan dan buah berwarna hijau dan buahnya kecil berbentuk bulat berbiku tiga. Penanaman kelapa pandan boleh dijalankan secara kepadatan tinggi dengan jarak tanaman 6 m x 6 m. Pokok kelapa pandan mula mengeluarkan hasil apabila mencapai umur 3-4 tahun selepas ditanam di ladang.

Pokok kelapa pandan ketika berumur 3 tahun pengeluarannnya hanya 40-50% dan mencapai 100% apabila berumur 4 tahun. Pokok kelapa pandan mengeluarkan 12-18 jambak bunga setahun. Purata bilangan buah setandan di antara 10-15 biji tetapi boleh berkurangan pada musim kemarau atau jika kawasan dibanjiri air. Bermula pokok kelapa pandan berumur setahun ke (tahun ke 13), ia boleh mengeluarkan 130-175 biji buah kelapa muda sepokok. [ Baca semua di sini.]

Roselle

ROSELLE: 120 hari