Pisang akan berjantung dalam masa 7-10 bulan selepas ditanam. Pisang Mas biasanya mengambil masa enam hingga tujuh bulan untuk berjantung dan buah boleh dikutip lapan minggu kemudian. Pisang Berangan pula berjantung anggaran sembilan bulan selepas menanam dan buah boleh dikutip dalam masa 11-12 minggu kemudian. Bagi mengelakkan buah tercedera, tebang pokok pisang kira-kira 0.5 meter dari tandan buah. Potong sedikit-sedikit, sementara sebelah tangan lagi memegang tandan pisang agar buah tidak terhempas di tanah. [ Baca seterusnya ... ]
Jambu air mengandung jambosine (sejenis alkaloid) yang dapat menekan sari pati makanan menjadi gula, tentunya ini sangat membantu para penderita diabetes.
Jambu air dapat berbuah lebih dari 1 kali dalam setahun tergantung kondisi lingkungannya, cara memetik buah yang benar adalah dengan memotong pada tangkai buahnya. Pohon jambu air akan berkembang dan berbuah pada usia sekitar 3 - 4 tahun.
KELADI CINA: 6 bulan ++ Keladi cina adalah salah satu jenis keladi yang sangat popular di kalangan masyarakat Cina di Malaysia. Musim Tahun Baru Cina adalah waktu rezeki kepada pengusaha keladi cina kerana masa ini harga keladi naik mendadak sehingga RM9 hingga RM 12.30 sekilo. Ia juga digemari rakyat kita dengan pelbagai resepi dihasilkan seperti kerepek keladi, bubur keladi, kuih keladi dan sebagainya. Pokok keladi atau nama saintifiknya ialah Colocasia Esculenta termasuk dalam keluarga pokok Araceae berbatang lembut dengan berdaun lebar. Isi membesar sebagai isi keladi yang dimakan. Sesetengah orang menyukai memakan pucuk batang mudanya. [Baca seterusnya ...]